29 Jun 2021

Terima Kasih YB!


KUALA TERENGGANU -  Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan Besut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera yang prihatin, memberi sumbangan kepada anggota JAM yang terjejas kerana Pandemik.  

Komandan JAM Besut, Luqman Hakim Hashim berkata, seramai 10 orang aktivis yang bekerja sendiri diberi bantuan bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Alhamdulillah, terima kasih YB,  Naib Yang Dipertua PAS kawasan Besut YB Haji NurKhuzaini Ab. Rahman kerana memberi sebahagian dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada petugas-petugas  sukarelawan ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, selepas program pengagihan bantuan tersebut oleh Jawatankuasa Harian JAM Besut, semalam.

Oleh itu, beliau berharap seluruh anggota JAM sentiasa istiqamah dan sentiasa bersiap siaga, menghadapi apa jua cabaran dlam memberikan khidmat kepada masyarakat. 

"kita mesti sentiasa bersedia, untuk berkhidmat keraba Allah, yang menjadi pegangan JAM, Ustaz 

"dan mengambil tanggung jawab diatas keyakinan masyarakat terhadap kita," tegasnya. 

Justeru itu, beliau memanjatkan kesyukuran dan berdoa agar setiap urusan dipermudahkan dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...