Enam Hari Misi Pencarian Pok Cik Kob


 Oleh : Amirah Amijudin 

BESUT - Yacob Lateh atau dikenali sebagai Pak Kob berusia 85 tahun yang tinggal di Kampung Lubok Kawah dipercayai hilang di sekitar Bukit Memali sejak 4 Julai yang lalu.

Arwah dikatakan menuju ke kebunnya yang terletak di Lubuk Kawah dengan menaiki motosikalnya terlupa jalan pulang, mungkin kerana masalah ingatannya. 

Seorang penduduk yang tidak ingin dikenali berkata, beliau terserempak dengan arwah di simpang tiga Kampung Bekok, Bukit Payung pada jam 7.30 malam pada hari tersebut.

Selepas mengetahui kehilangan arwah Pak Kob, beberapa agensi sukarelawan yang terdiri dari Jabatan Amal Malaysia (JAM), Evergreen dan Kelab Motorsikal Alternative Riding Club (ARC) Besut, anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Lubok Kawah membuat kerahan turun mencari secara all out mencari arwah.

Misi pencarian Pak Kob bermula pada 5 Julai dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang dan di sambung sehingga pukul 2 pagi. Namun gagal menjumpai arwah. Hanya motosikal yang dinaiki ditemui oleh seorang penduduk Bukit Mali, pada petang tersebut.

Pada hari ketiga hingga keenam, mereka dengan bantuan pihak PDRM, Bomba, APM dan Rela turut serta dalam misi ini. Namun tidak berjaya

Walaupun berhari-hari  anggota yang terlibat terus mencari tanpa penat lelah.

Akhirnya, pada hari terakhir, 8 Julai, 4.50 petang, Pengerusi JPKK Bukit Payung, Shamsudin Bin Osman telah berjumpa mayat Pak Kob dengan berpakaian baju kuning lengan panjang di bahagian laluan mengikuti jalan belakang bukit. 

Kemudian mayatnya dihantar ke Hospital Besut untuk proses selanjutnya dari pihak Forensik dan selamat dikebumikan pada 11 Julai pada 11 malam.


Ulasan