09 Julai 2021

Kerajaan PN Tidak Gagal!


 Oleh : Adli Mohamad

MARANG - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak gagal menangani pandemik, sebagaimana dakwaan Pakatan Harapan (PH) dan Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

Naib Pengerusi PN Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, belum ada lagi mana-mana negara di dunia yang telah mengisytiharkan telah bebas dari wabak Covid-19. 

“Jika terdapat negara telah keluar daripada masalah berkenaan baru boleh dinilai samada PN ini telah gagal atau sebaliknya.

“sebenarnya Zahid sendiri yang telah gagal, kalau dia betul maka seluruh ahli Parlimen partinya mengikut apa yang telah dinyatakan, tetapi sekarang ini tiada yang mengikut dia," jelasnya, ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan peranti di Pejabat Pendidikan di sini, pada Khamis 9 Julai.

Turut hadir iala Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kedudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman. 

Beliau menegaskan, pemimpin PN semua peringkat bersungguh-sungguh menumpukan sepenuh usaha, melawan musuh yang tidak nampak. 

"apabila telah reda maka barulah boleh dibuat keputusan menyerahkan kembali mandat pilihan raya kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya.

Namun begitu, kata beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PBBM) negeri, pada ketika ini rakyat sudah 'muak' melihat pemimpin yang mahu kan jawatan dan hendak berkuasa semata-mata.

“Itu yang saya dapati melalui media sosial, apa yang utama adalah tumpuan diberikan bagaimana hendak keluar dari kemelut yang dialami pada ketika ini.

“telah bermacam cara dilakukan oleh kerajaan hari ini termasuk strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk memastikan kita cepat-cepat keluar dari wabak pandemik ini,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak wajar membubarkan parlimen hanya untuk memenuhi kepentingan 'kluster mahkamah' dan individu serta kelompok yang 'gila kuasa'. 

“Perlu melihat kembali sebagaimana yang telah berlaku pada PRN Sabah yang telah mengakibatkan kes melonjak tinggi, jadi kita perlu bertahan dari mengelakkan ia berlaku.

“Apabila telah tiba masa yang sesuai, kes telah berjaya dikurangkan, barulah diadakan PRU ke-15 sebagaimana yang telah dijanjikan Perdana Menteri,” tambahnya.


Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...