Pembangkang Membazirkan Masa! Cakap Kosong Tidak Ada Idea Baharu


 KUALA TERENGGANU – Masa yang diperuntukkan setiap pagi Sidang Khas Parlimen yang sedang berlangsung, dibazirkan oleh Ahli-ahli Perlimen Pembangkang dengan membawa perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan peraturan mesyuarat.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato’ Nik Zawawi Salleh berkata, sebaliknya Ketua Pembangkang meminta supaya tempoh persidangan dipanjangkan sehingga beberapa hari lagi.

“saya merujuk kepada peraturan 14 berkenaan tata cara dan peraturan mesyuarat kita dimana, saya pun tak tahu pada setiap pagi yang dibincangkan rujuk dibawah peraturan mana?,

“sekarang ini, masa kita singkat, Ketua Pembangkang minta supaya tambah, sedangkan yang membazir masa adalah pembangkang,” ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Putih berkata demikian ketika mencelah, pertikaian yang masih diteruskan oleh para pembangkang, pada Sidang Khas Parlimen pagi ini.

Jelas beliau, tidak nampak sebarang perkara atau idea baharu yang dikemukakan oleh pihak pembangkang, yang belum dilaksanakan oleh Kementeriab Kesuhatan Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

“tak ada lagi perkara baru yang dicadangkan oleh pihak pembangkang, sedangkan sudah empat hari kita bersidang, kita buang masa kerana pembangkang,” tegasnya.

Justeru, beliau menggesa agar Yang DiPertua Dewan bertegas, tidak melayan perangai buruk Ahli-ahli Parlimen Pembangkang.

“ini lah perangai (buruk) pembangkang, saya minta Yang DiPertua bertegas kerana perangai pembangkang yang merugikan masa,

“Jangan buang masa, sidang ini penting, kita datang daripada tempat yang jauh, dari Sabah dan Sarawak datang, tapi bercakap kosong,” tambah beliau.



Ulasan