Pemuda Gotong-Royong Baik Pulih Rumah

 


Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU – Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah mengadakan gotong-royong membaik pulih rumah. 

Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Batu Buruk, Ustaz Ahmad Firdaus Mohd berkata, lima buah rumah yang rosak dibadai ribut pada 6 Julai yang lalu, telah dibaiki. 

“Alhamdulillah, hari ini kami bersama-sama kerja amal ini yang bermula pada pukul tiga petang, dua buah di Jalan Kenanga dan seterusnya di Kampung Gong Tok Nasek sebanyak tiga buah rumah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sini kerana sudi menerima kehadiran kami untuk mengadakan gotong-royong membaik pulih atap rumah mereka,” katanya. ketika ditemui dilokasi pada hari ini. 

Sementara itu, ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut serta, mengucapkan syabas tahniah kepada Pemuda. 

“Alhamdulillah, nilai dan semangat kerjasama ini sangat penting untuk kita terapkan dalam menghadapi situasi musibah seperti ini. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama penduduk setempat yang turut sama berganding bahu menghulurkan bantuan,” katanya. 

Menurut Ustaz Muhammad Khalil lagi, sebanyak 392 aduan kerosakan rumah dalam DUN Batu Buruk telah dilaporkan akibat bencana ribut tersebut dan kerja-kerja membaik pulih rumah telah dijalankan.

Ulasan