"Presiden Umno Tidak Ada Kuasa," Kata Ahmad Said


KUALA TERENGGANU - Presiden Umno, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi disifatkan tidak ada kuasa, menyebabkan kawalan beliau kepada partinya menjadi lemah.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said berkata, oleh kerana itu parti berkenaan bertambah celaru apabila sebahagian ahli parti tidak sehaluan dengan presidennya sendiri.

“Kalau masa dulu secara automatik presiden adalah Perdana Menteri, kalau lawan ‘mapuh mu aku pecat selalu, bila dah dilantik menjadi Menteri, timbalan Menteri, dilantik memegang GLC mula tidak hormat presiden.

“Masa Najib dulu ada? Mat Said seorang sahaja yang lawan, punca penyingkiran (Tajuddin, Anuar Musa dan beberapa lagi) adalah disebabkan berlaku pandangan bertentangan,” katanya, ketika sidang media yang diadakan pada Khamis, 15 Julai lalu.

Bagi Ahmad Said penentangan terhadap Presiden yang berlaku itu akan memberi impak buruk Umno.

“Calon parlimen ditentukan oleh presiden, sekarang boleh berlagak sekarang sebab presiden tiada kuasa, boleh lawan dan kata macam-macam, bila hendak bertanding tidak kiralah menteri ataupun tidak, pada masa itu terserah presiden hendak sign watikah pelantikam atau tidak,”katanya.

Dalam pada itu Ahmad Said dengan angkuh turut menyatakan walau dua pemimpin telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri itu tidak mengubah pendiran Umno Terengganu. 

Ahmad Said tuurut menolak dakwaan bekas Pengarah Pilihan Raya Umno Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman  dan berkata, "beliau hanya turun sekali ke akar umbi" dan mendakwa Umno Terengganu bersedia pada bila-bila masa sahaja

“Kita bersedia bila-bila masa sahaja, panggil minggu depan pun tak apa, Insya Allah akan menang,” katanya.

Di samping itu katanya, tidak mustahil jajaran baharu akan wujud walaupun tanpa DAP dan Anwar.

“Politik tidak dinamik, hari ini kawan esok musuh, hari ini musuh esok kawan bukan perkara mustahil,” katanya.


Ulasan