UEC; Pemuda Dungun Sokong Ulama

 


Oleh : Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN - Pemuda PAS Dungun menegaskan, menyokong pendirian Dewan Ulama PAS Pusat menolak pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) dalam syaratkelayakan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi tahun 2021.

Ketuanya, Ustaz Fadhli Rahmi  Zulkifli berkata pihaknya konsisten menolak pengiktirafan UEC dalam negara ini.

"Sudah lama pendirian ini disuarakan oleh  PAS, maka kami dengan ini terus menerus, istiqamah mendokong dan menyokong keputusan tersebut," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, di sini.

Tegasnya, Pemuda PAS Dungun tidak mahu ada sebarang diskriminasi dalam dasar pendidikan negara ini. 

"Sebagai rakyat yang cintakan kedaulatan dan keamanan negara, wajar untuk kerajaan tidak mengiktiraf UEC," ujarnya lagi.

Pada 15 Julai, Dewan Ulama PAS Pusat melalui Ketua Penerangannya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mengeluarkan satu kenyataan, 'Ulama Tegas Dan Konsisten Tolak Pengiktirafan UEC'.

Beliau berkata, pengiktirafan UEC ini memberi impak yang sangat mendalam kerana ia seolah-olah memberi satu autonomi yang sangat luas dalam bidang pendidikan untuk tidak patuh kepada dasar dan akta sedia ada sebaliknya berorientasikan pendidikan dari negara Taiwan dan China.

Ulasan