Lebih 40,000 Liter Air Minuman Diagih


KUALA TERENGGANU - Lebih 40,000 liter air tu minuman telah diagih kepada penduduk yang terjejas kerana bekalan air yang terputus di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dan Batu Rakit, pada Khamis. 

Ahli Jawatakuasa PAS Terengganu YB Haji Hanafiah Mat berkata, perancangan asal hanya 16,000 liter air sahaja yang akan disumbangkan. 

"tetapi saya memahami denyut nadi rakyat yang sedang berada dalam kesusahan disini. Jadi sebanyak 38,000 liter untuk rakyat kawasan ini,

"Saya doakan semoga proses membaik pulih paip tersebut akan dapat diselesaikan dengan segera bagi memudahkan urusan mereka." ujar ADUN Chukai itu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri. 

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jentera termasuk Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan Pusat Khidmat PAS DUN Cukai.


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Wan Sukariri Wan Abdullah menyifatkan ujian yang dihadapi oleh penduduk terbabit adalah ujian "kita bersama" .

"Yang diuji harapnya dapat bersabar dan kuatkan semangat dalam menempuh ujian ini. 

"Apabila mendapat beberapa aduan dan pemakluman dari penduduk yang terkesan dengan ketiadaan air di rumah, saya telah berbincang dan meminta Khidmat Malaysia Kuala Terengganu untuk menyalurkan segera bantuan air kepada mereka yang terkesan." kata beliau

ADUN Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri bersyukur kerana misi membekalkan bantuan "segelen air  buat semua penduduk", berjaya dilaksanakan. 


"Alhamdulillah, hari ini misi membekalkan bantuan segelen air semua penduduk yang terkesan dengan krisis air di Taman Desa Tanjung Damai dalam DUN Tepoh telah berjalan dengan begitu lancar. 

"Sebanyak satu treler yang membawa muatan sebanyak 1000 gelen (3,780 liter) air telah diserahkan dan sekaligus memberikan manfaat buat penerima." jelasnya. 

Turut bersama tengah hari tadi ialah YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (ADUN Batu Burok), Ustaz Ahmad Shah Muhamed (ADUN Bandar) dan Ustaz Mohd Soud Said (Pengarah UPDI).

Ustaz Wan berkata, usaha itu akan diteruskan lagi pada hari esok sehingga hari Sabtu. 

"InsyaAllah, ia akan memberikan manfaat buat penduduk di DUN Batu Rakit, DUN Manir, DUN Buluh Gading dan DUN Seberang Takir. 

"


Usaha ini sememangnya tidak mampu menampung sepenuhnya keperluan penduduk untuk mendapatkan air yang secukupnya, namun sedikit sebanyak ianya dapat memberikan sedikit kelegaan buat penerima," tambah beliau. 

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dalam kenyataan pada 4hb Ogos memaklumkan, masalah gangguan bekalan air disebabkan oleh pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu. 

" ia agak rumit dan memerlukan kontraktor berpengalaman serta kepakaran tinggi untuk membaikinya.

" Masalah gangguan bekalan air sejak Isnin lepas (2 Ogos) melibatkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat hari lagi." menurut kenyataan tersebut. 

Ulasan