KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu yang sentiasa bersama rakyat di dalam sebarang situasi tambahan lagi di saat berhadapan masalah terputus bekalan air.
Mengulas lanjut, Ketua Muslimat, Zarani Othman melahirkan rasa simpati nya kepada penduduk di daerah Kuala Nerus dan kawasan sekitarnya yang mengalami gangguan bekalan air sejak 2 Ogos lepas.
"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, kami dimaklumkan hampir 8,400 buah rumah di DUN (Dewan Undangan Negeri) Batu Rakit dan hampir 10 ribu buah rumah di DUN Tepoh yang terlibat," ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, Muslimat bersama Ameerah dan NGO Pewanis untuk kali kedua mengadakan lawatan bertemu dengan pemimpin-pemimpin di DUN Batu Rakit, Tepuh dan Buluh Gading pada 8 dan 9 Ogos sambil menyerahkan sebanyak 1000 kotak air minuman.
"Untuk DUN Batu Rakit dan Tepoh, kami turut menyumbang air mineral berserta wang tunai dan sumbangan ini sebagai tanda kecaknaan dan kebersamaan untuk membantu mereka yang terlibat.
Disamping itu, katanya, kesempatan yang ada mereka juga membahagi-bahagikan kotak-kotak air mineral dibeberapa buah rumah di sekitar Pengkalan Maras dan Banggul Tok Jiring.
"Pihak kami mengucapkan jazaakallahu khair kepada semua penyumbang-penyumbang serta mereka yang membantu untuk melaksanakan misi ini dan sumbangan masih lagi diperlukan oleh pihak DUN-DUN yang mengalami krisis air ini,"tambahnya lagi sambil berdoa supaya masalah itu dapat diselesaikan seberapa segera oleh Syarikat Air Terengganu (SATU).
Ulasan