PKPD Pulau Perhentian, 'Sudah Jatuh Ditimpa Tangga'


KUALA TERENGGANU - Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai yang berkemampuan diseru 'menghulurkan tangan' membantu penduduk Pulau Perhentian yang disifatkan sebagai 'sudah jatuh ditempa tangga'.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor berkata, mereka yang sebelum ini tidak dapat keluar bekerja mencari rezeki, kini terpaksa berkurung kerana PKPD.

"PKPD dilaksanakan apabila 72 kes jangkita Covid-19 menyebabkan aktiviti ekonomi dan sosial terbantut,

" saya menyeru, khususnya kepada NGO terus membantu kerana penduduk Pulau itu kerana mereka seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga',

"hampir setahun aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka, terhenti, menambah kesukaran kepada mereka," ujar beliau yang juga Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, unjuran kerajaan untuk membuka pulau peranginan itu terbantut, apabila PKPD berkuatkuasa bermula 27 Ogos sehingga 9 September.

"Alhamdulillah, Pejabat Penyelaras Parlimen Besut pada minggu ini telah menghantar beras dan ayam segar kepada 200 keluarga,

"walau bagaimana pun kita rasa dalam tempoh dua minggu ini menjadi semakin getir kerana mereka tidak dapat keluar mencari rezeki," jelasnya. 

Oleh itu, beliau merayu agar semua pihak yang prihatin dapat menyalurkan bantuan melalui pejabatnya, agar beban masyakat terkesan daoat diringankan. 

"boleh menghubungi kami di talian 0193728844 untuk kita berkolborasi dan bersinergi membantu masyarakat Perhentian dalam tempoh PKPD ini," tambah beliau. 


Ulasan