Sumbang RM10K Bantu Penduduk Terjejas Bekalan Air

 


DUNGUN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang menyumbang RM10, 000 kepada Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (KHIDMAT  Malaysia) untuk membantu mereka menghadapi gangguan bekalan air. 

Pengarahnya YB Cikgu Alias Harun berkata, sumbangan itu atas rasa solidariti dan simpati kepada penduduk Kuala Nerus dan sekitarnya yang berhadapan dengan kesukaran tersebut sejak lebih seminggu.

"Mewakili Pusat Khidmat saya hadir bagi menyampaikan sedikit bantuan tanda kebersamaan dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka ini," katanya ketika dihubungi di sini petang tadi. 

Menurutnya, penyerahan sumbangan itu telah diadakan di Pusat Pengumpulan Air di Balai Raya Kampung Tuan Mandak, Batu Enam, kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu,  Dato Ustaz Husain Awang pada Selasa, 10 Ogos yang lalu. 

"bekalan air minuman turut diserahkan kepada Yang Dipertua PAS  Kuala Nerus, Cikgu Mohd Shukrimun Shamsuddin,

"Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat dimanafaatkan bagi kegunaan dalam menghadapi masalah ketiadaan air dan bersabarlah dengan ujian tersebut," tambahnya. 

Turut hadir adalah YB Dr Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

Ulasan