Lawatan Timbalan Presiden PAS Merangkap Menteri Alam Sekitar Dan Air ke Negeri Terengganu

 

KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air Yang Berhormat Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man akan mengadakan lawatan kerja ke negeri Terengganu pada hari ini, Khamis 2 September.


 Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said berkata, beliau dijangka tiba pada jam 3 petang, akan membuat tinjauan ke beberapa lokasi bagi melihat usaha memulihkan bekalan air yang terputus kali kedua sejak 23 Ogos lalu.

“Dato’ Ustaz Tuan akan melawat lokasi dimana paip air patah, kemudian bergerak ke Dewan Serbaguna Tepoh bagi mendengar taklimat tentang agihan dan usaha pemulihan,

“beliau kemudiannya akan melawat Loji Rawatan Air yang baharu di Bukit Berapit Kuala Nerus, sebelum berlepas ke Kota Bharu,” jelasnya.


Oleh itu, beliau berkata, orang ramai yang mahu mengikuti perkembangan lawatan tersebut, boleh melayari laman HARAPTV yang akan menyiarkan program tersebut secara langsung.

Ustaz Soud juga berpesan kepada semua pihak yang terlibat agar terus menjaga SOP bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

“kita harap semua petugas dapat mematuhi SOP, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal masing-masing,” tambahnya

Ulasan