75 Peserta, 18 Pasukan Sertai Kejohanan Basikal MTB 'KENJOH XCC'


 Oleh : Afiq Fahmi

DUNGUN - 75 Peserta dan 18 Pasukan sertai Kejohanan Berbasikal MTB 'KENJOH XCC' dianjurkan bersama oleh Geng Basikal Dungun (GBD) dan Komuniti Pemuda Bukit Chatak Dua serta kerjasama DACS  Kawasan Dungun dan Persatuan Lumba Basikal Terengganu.


Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, kejohanan kali pertama itu diadakan diatas trek yang baru  siap di bina pada awal Mac tahun 2021.

“Trek ini adalah dibina atas sumbangan orang ramai, anggaran kos RM 10, 000, saya ucap terima kasih teruramanya kepada Pemuda terutamanya kepada Komuniti Pemuda Bukit Chatak 2 dan Geng Basikal Dungun (GBD),

“usaha ini sangat bagus, tahniah!,” ujar Ahli Parlimen Dungun itu, ketika ditemui  selepas merasmikan perlepasan kejohanan tersebut, pada Jumaat, 1 Oktober.


Turut hadir, ialah Pengerusi Lujnah Mobilisasi PAS Dungun yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.

Cikgu Wan memuji sikap anak muda Dungun yang mengambil inisiatif cemerlang, membina trek itu dan mengamjurkan sukan yang amat berfaedah.

“Pagi Jumaat barakah, anak-anak muda isi masa lapang dengan berbasikal. Biasa kita tengok orang berbasikal di sepanjang pantai Dungun ni, di taman-taman dan sebagainya . Kali ni, kita tengok orang main basikal atas bukit pulok.

“Terbaik anak-anak muda, anjur sukan berbasikal buat pertandingan di Trek Basikal Bukit Chatak. Program KENJOH XCC yang dah pun bermula pagi tadi sehingga petang ini,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Program Amran Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut.


“Alhamdulillah, acara yang julung-julung kali diadakan selama sehari ini telah dimenangi oleh pasukan Dungun yang mengungungguli tempat pertama bagi dua kategori ‘newbie’ dan ‘U16’.

"Manakala kategori terbuka dimenangi oleh pasukan Kemaman. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

" Terima kasih juga kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan Jabatan Amal Sura di atas kerjasama. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, insya-Allah,” katanya.

Ulasan