Fokus Gerakan Tarik 'Milenial'


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Sayap Muslimat, Ameerah digesa menumpukan gerak kerja untuk menarik generasi milenial dan pengundi muda 18 tahun untuk bersama PAS. 

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menegaskan, cabaran sebenar yang dihadapi  bukan mudah, berhadapan perubahan pemikiran dan corak  kehidupan baharu. 

"Fikirkan program di peringkat cawangan untuk memastikan golongan 'generasi  Z' ini bersama dengan kita," jelasnya.


Ahli Parlimen Dungun itu memberi ingatan demikian, ketika berucap pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Dungun Kali ke-39 secara 'hibrid', hari Jumaat 8 Oktober.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengajak para muslimat memperkemaskan jentera  PRU15 yang akan diadakan bila-bila masa. 

"Walaupun kesepakatan telah dibuat antara kerajaan dan pembangkang, PRU15 akan hanya akan diadakan selepas Julai 2022, tetapi dalam suasana politik negara yang sangat dinamik, 

"tidak terjangkau oleh pemikiran, jadi kita kena sentiasa bersiap siaga setiap masa," tegasnya. 


Sebagai contoh, kata beliau, krisis politik yang berlaku di Melaka tidak masuk akal, apabila pemimpin Umno menumbangkan kerajaan Umno Melaka. 

Oleh sebab itu menurutnya, kemungkinan pilihan raya negeri atau pilihan raya umum akan diadakan. 

Mesyuarat Agung kali ini juga melaksanakan norma baharu apabila pemilihan Jawatankuasa ibuat secara atas talian (E-vote). 

Para perwakilan yang mengundi daripada premis DUN masing-masing memutuskan, penyandang Khairiah Mokti kekal sebagai Ketua Muslimat.


Ulasan