27 Oktober 2021

Jambatan Gantung: Tarikan Baru Hutan Lipur Lata Payung


SETIU - PAS Dun Langkap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kementerian Pelancongan dan Budaya yang menambah baik kemudahan  asas Di Lata Payong.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Langkap, Azmi Maarof berkata, jambatan gantung yang dibaik pulih, akan menjadi tarikan terkini kepada penggemar reksrasi.

"RM150 ribu telah dibelanjakan, semoga ia meningkatkan kecintaan dengan alam dan Penciptanya, jaga kebersihan," ujarnya 


Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN berkata demikian selepas mengiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato' Haji Yahaya Ali melawat kawasan tumpuan pelancongan itu pada Isnin 25 Oktober.

Beliau berharap semua pihak membantu kerajaan menjadikan seluruh kawasan perkelahan dalam DUN Langkap tempat yang selamat dan bersih.

"bawa sekali, apabila keluar dari kawasan terbabit, sampah yang kita bawa semasa datang," tambahnya

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...