Mohd Fazil Wahab Pengarah Baharu MTD PAS Seberang Takir


Oleh : Arifuddin Alias

KUALA NERUS, 21 Oktober – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kuala Nerus pada 20 Oktober 2021 telah bersetuju melantik Haji Mohd Fazil Wahab sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir Sesi 2021/2023.

Keputusan itu dibuat setelah Haji Zakaria Dagang menolak pelantikan semula yang dicadangkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan.

Ustaz Zakaria Dagang yang telah memegang jawatan Pengarah DUN tersebut sejak 30 tahun lalu,  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa MTD.

 "Juga buat Ketua-Ketua dan AJK-AJK Cawangan-cawangan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya memegang jawatan ini.

“Kesinambungan kerja berpasukan mestilah diteruskan di bawah Pengarah baharu dengan kerjasama dan komiten yang lebih baik bagi meningkatkan lagi kekuatan DUN Seberang Takir ini,” jelasnya.

Sementara itu, Haji Mohd Fadhil ketika ditemui berkata, penyerahan amanah itu sangat besar bagi beliau.

"memandangkan Ustaz Zakaria seorang yang berpengalaman luas dalam politik. Ustaz Ya guru saya dan saya menghormati keputusan beliau, amanah ini akan saya pikul,”

“Saya sedar struktur yang kita bina sekarang adalah bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir, ia akan menjadikan kita bersama-sama bekerja kearah itu,” tegasnya.

Ulasan