Muslimat 'Baharu Habis Pantang' Antara AJK PAS Kemaman


Oleh : Nooreni Abu Bakar / Radhiah Alias /Wan Hadi 

KEMAMAN - Muslimat Muda (AMEERAH) yang baru habis tempoh berpantang bersalin beberapa hari lalu ialah antara muka baharu Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Kemaman,  yang menyaksikan 30 peratus muslimat terpilih. 

Nor Arbaeyah Wahab berkata Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) adalah platform untuk ahli dan pemimpin parti bertukar-tukar pandangan. 

"Saya sebagai salah seorang yang memegang jawatan pimpinan dalam parti, menjadi tanggungjawab saya untuk hadirkan diri untuk bersama-sama mereka dalam MAT ini," katanya yang bersedia mengalas amanah parti kerana perlantikan tersebut sebagai pilihan dari Allah.

Beliau yang juga Ketua Ameerah Kawasan itu berkata demikian sebagai mengulas kehadirannya yang baharu 49 hari selepas bersalin hadir dan turut terpilih sebagai AJK di Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman kali ke-61 di Wisma Purnama, Pejabat PAS Kawasan Kemaman. 

 Dalam pada itu, Yang Dipertuanya, Ustaz Che Alias Hamid mengalu-alukan keputusan pemilihan yang menggambarkan tiada diskriminasi wanita di dalam PAS dan membuktikan satu penghargaan kepada muslimat dalam  perjuangan Islam. 


"MAT kali ini adalah mesyuarat pemilihan, kali ini muslimat lebih ramai menawar diri untuk berkhidmat dalam saf kepimpinan PAS Kawasan Kemaman. 

" Alhamdulillah dengan sikap keterbukaan PAS kawasan dan perwakilan, seramai  tujuh orang muslimat dipilih dalam kepimpinan yang baharu," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurut Ahli Parlimen Kemaman itu, MAT pada tahun ini berjalan lancar dengan semangat kekeluargaan, walaupun dlm suasana pendemik covid-19 dan mesyuarat secara 'hibrid' di beberapa lokasi  tidak menghalang para perwakilan memberi pandangan.

"Ini akan memperkuatkan organisasi PAS Kawasan dengan penglibatan semua pihak muslimin, muslimat, pemuda dan wanita muda dalam AJK Kawasan untuk mengadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 

"kerjasama  yang  erat ini dapat memperkuat PAS Kawasan agar kita dapat mempertahankan kemenangan satu Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) serta turut menang DUN Kijal, "katanya.

Manakala Timbalan YDPnya, Hanafiah Mat mengakui masyarakat Terengganu telah menerima kehadiran wanita sebagai sebahagian kepimpinan di peringkat organisasi parti. 

"sekaligus menunjukan sikap keterbukaan orang Terengganu mendorong ke arah  meletakkan wanita sebagai calon dalam PRU15 nanti," katanya.

Ulasan