28 Oktober 2021

Tinggal Legasi Ilmu


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – kepimpinan parti di semua peringkat diseru agar mengamalkan dan berkongsi  ilmu kepada orang lain.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Terengganu, YB Dato’ Haji Yahaya Ali berharap  perlu bersedia ke arah itu khususnya orang-orang muda berlatar pendidikan yang baik.

“Berilah tumpuan untuk kita belajar  daripada sesiapa sahaja, biar banyak berkomunikasi dengan orang. Itu penting sebenarnya. Semakin banyak berkomunikasi  dengan orang  makin banyak benda yang kita tahu. Kita tak akan jadi kekok.

“Apa sahaja pengalaman dalam apa-apa bidang  apabila kita bekerja untuk perjuangan ini kita kena  curahkan supaya dapat dirasaI dan  dimiliki keparakaran oleh orang lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika meraikan kakitangan Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT)  pada semalam.

Menurutnya, legasi yang ditinggalkan ini sangat penting  supaya apa yang ada pada sedikit sebanyak membantu supaya pengurusan parti lebih teratur.


“Kita sekarang ini perlu ke depan. Orang mula melihat kita dengan kekuatan yang ada ini. Kalau kita boleh uruskan parti dengan baik dan disebalik kekuatan parti itu ada wira yang tidak didendang. Kitalah.Kita yang merupakan tenaga penting yang menguruskan parti .

“Kalau kita lambat dan lembab ia akan memberi kesan pada perjalanan pengurusan itu sendiri. Kalau kita cekap kita menguruskan dengan baik . kecekapan itu tidak boleh hanya dilihat kita menyelesaikan kerja kita kecekapan itu antara lain dilihat dari sudut berapa lama masa boleh siapkan,” ujar Dato Yahaya.

Beliau menambah,peranan sekarang  lebih besar dari segi nak pertahankan kerajaan  dan juga menguruskan tanggungjawab yang lain.  

“Kita kena bergerak kearah itu. Oleh sebab itu kita  kena bina parti kita dari segi bermula dari atas  walaupun di bawah itu memang pentinglah.

“Keburukan  kepimpinan bermula kepala. Kalau kepala ikan itu buruk habislah melibatkan  semua anggota yang lain. Kita harap perkara  seumpama ini kita rancang sungguh-sungguh,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap seluruh kepimpinan agar lebih bersungguh-sungguh bekerja kuat di pangkalan masing-masing dan bersabar  dengan  apa yang dihadapi ini merupakan teras  kepada perjuangan.

“Kita kena sabar dengan perjuangan , jangan susah sikit mundur sebab musuh kita lebih sabar dari segi menghadapi menguruskan tanggungjawab,” tambah Dato’ Yahaya lagi.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...