Ustaz Wan Azhar Kekal YDP


Oleh : Jusmawari Jusoh

BESUT - Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad kekal menyandang jawatan Yang Dipertua untuk menerajui  PAS Kawasan Besut (PKB) bagi sesi 2021-2023 pada Muktamar yang berlangsung di Dewan Kota Putera Square,Kampung Raja. pada 16 Oktober 2021.

ADUN Kota Putera YB Mohd Nor Khuzaini Abdul Rahman pula menegekalkan jawatan Timbalan Yang Dipertua manakala Ustaz Wan Sukri Wan Isa turut mengekalkan jawatan Timbalan Yang Dipertua.

Ahli Jawatankuasa Kerja juga masih lagi mengekalkan muka-muka lama untuk bersama-sama menerajui PAS kawasan tersebut, menghadapi PRU-15.

Ustaz Wan Azhar dalam ucapan perasmian menyeru kepada semua ahli PAS agar sentiasa bermuhasabah dan bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Ahli dan Pimpinan PAS perlu menjadi contoh dan tauladan yang terbaik buat semua golongan dan lapisan masyarakat.

“Selain itu juga ahli dan pimpinan PAS perlu mempunyai ilmu agama dan jaga adab sepertimana termaktub dalam perlembagaan parti, ” ujar beliau.

Antara Jawatankuasa Kerja yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-62 ialah Ustaz Adam Mat Said, Mohd Zaki Sulaiman, Azbi bin Salleh, Shalahuddin Jaafar, Abdul Rahim Mohd Zain, Ismail Abd Rahman, Che Rogayah Ismail, Mohd Syamri Razak, Mohd Sulaiman, Zulkifli Hamad, Mohd Basri Mohamad, Wan Asri Azwa, Ya Hassan, Ayat Hadi Mamat,  Che Dollah Said dan Abdul Hashim Abdul Aziz.

Ulasan