Hamas Hargai Keengganan Malaysia Membenarkan Pasukan Skuasy Israel

Abdul Latif Al-Qanoua

 Hamas menyatakan penghargaan pergerakan itu atas keengganan Malaysia membenarkan pasukan sukan Zionis ke wilayahnya untuk menyertai Kejohanan Skuasy Dunia.

Menurut Jurucakap Pergerakan Hamas, Abdul Latif Al-Qanoua, tindakan itu memberikan sokongan moral dan kekuatan kepada warga Palestin menghadapi kerajaan haram Israel.

"Penolakan Malaysia mencerminkan pendirian tulen terhadap semua bentuk normalisasi hubungan dengan pendudukan Israel dan menyokong rakyat Palestin dan mengukuhkan keteguhan mereka dalam menghadapi pendudukan," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Oleh itu beliau menyeru, agar semua negara untuk menentang normalisasi dan memboikot pendudukan rejim Israel.

Menurut laporan media Israel, Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia Gerard Monteiro berkata, kerajaan Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan pemain Israel semasa temasya itu.

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki akan diadakan di Malaysia pada 7 Disember dan Kuala Lumpur memetik kebimbangan keselamatan dan enggan membenarkan pemain Israel masuk.

Justeru, Persatuan Skuasy Israel merancang untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika ia tidak diselesaikan. 

Bulan lalu, Menteri Luar Negeri Malaysia, Saifuddin Abdullah, menyangkal dakwaan Israel bahawa negaranya akan menyertai normalisasi dengan entiti Zionis itu.

Sehingga kini, Israel dan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik.

Ulasan