20 November 2021

Harapan PN Tawan Melaka Cerah


ALOR GAJAH - Harapan Perikatan Nasional(PN) untuk menawan Melaka cerah berikutan rata - rata pengundi yang ditemui memberi respon positif untuk mengundi gabungan tiga parti itu.


Pengarah Pilihan Raya Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Terengganu, Shamsiah Abu Bakar berkata sepanjang berkempen bertemu pengundi, reaksi yang ditunjukkan sangat meyakinkan mereka akan mengundi calon-calon PN.


"Petugas PAS Terengganu ditugaskan berkempen untuk calon PAS Dewan Undangan Negeri(DUN) Durian Tunggal, Ja'afar Othman, kami bertemudan  pengundi, kebanyakan mereka mengenali Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dipanggil Haji Hadi," ujar Shamsiah yang dihubungi di Melaka hari ini. 


Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Zarani Othman berkata dengan slogan PN, 'Prihatin Rakyat' yang sudah terbukti keprihatinan parti gabungan itu, memerintah negara, rakyat sewajarnya memberikan kepercayaan  untuk  mengundi kepada calon-calon mereka. 


"Disamping 'tagline' calon PAS, untuk menjadikan DUN Durian Tunggal  selamat, bersih dan sejahtera. yang sudah dikenali di sini seorang yang berintegriti dan mesra rakyat," katanya. 


Sehubungan itu, Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor menyeru kaum wanita keluar beramai-ramai untuk membuang undi esok, 20 November.


" Pangkahlah PN yang mampu mentadbir dengan penuh amanah, jujur dan berintegriti. Melaka Prihatin Rakyat, Selamat, Sihat dan Sejahtera, UNDILAH PERIKATAN NASIONAL," katanya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...