Jangan Kurung PAS


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA  NERUS –   PAS jangan dikurung dalam sebarang permuafakatan  yang tertutup dalam lingkungan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan  poltik tanah air.

Presiden PAS , Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, PAS menolak sebarang usaha untuk membentuk penjajaran baharu dengan pelbagai jenama atau perubahan.

“Secara tegas, dinyatakan bahawa kita baru sahaja menubuhkan Muafakat Nasional (MN) mengikut acuan asal  yang lengkap sebagai pendahuluan mengikut piagam yang terbuka bukan tertutup.

“Dalam pada itu kita berjaya menubuhkan Perikatan Nasional yang lebih terbuka dan kuat sehingga berjaya mengambi alih kerajaan persekutuan,

“Laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur maka sebarang cadangan lain laksana tumbuhan liar  yang mesti dihapuskan  ataupun makhlusk perosak yang wajib dimusnahkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS , pada Muktamar Tahunan PAS keli ke -67 , di Duyong Marina & Resort, pada hari ini. 

Katanya, PAS berjaya menaik sokongan rakyat  bagi menyelamatkan negara bersama Islam.

“Untuk mendapat jeminan paling kuat bagi menegakkan konsep kepimpinan islam yang berprinsip, maka PAS wajib berusaha sekurang-kurangnya menjadi penentu dalam keputusan PRU 15

“berasaskan jumlah kerusi yang menang, bukannya banyak jumlah kerusi yang bertanding tanpa kerusi yang di menangi,” ujar beliau.

Justeru itu, amanah  diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS  pusat untuk membuat penelitian  dan keputusan.

“Dalam urusan berkaitan hukum, dasar dan strategi bagi  menghadapi pilihan raya dan segala kemungkinan selepas pilihan raya demi memastikan islam terus memimpin,” tambah beliau lagi.

Ulasan