05 November 2021

Muktamar : Hayati Perjuangan, Bukan Sekadar Berpolitik


DUNGUN - Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan medan muhasabah samada anggotanya benar-benar menghayati perjuangan peninggalan nabi dan bukan sekadar mencari kemenangan politik.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata, muktamar kali ini mungkin  adalah yang terakhir sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"sekaligus menjadi platform mencari solusi perpaduan ummah untuk  mendepani persaingan politik dengan Pakatan Harapan (PH) 

"Dan kunjungan semua perwakilan serentak sudah tentunya mengeratkan ukhuwwah sesama anggota perjuangan," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sempena berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 di Duyong Marina & Resort di Kuala Terengganu pada 6 dan 7 November.

Sehubungan itu, bagi pihak Dewan Ulamak, beliau mengalu-alukan kehadiran para pemimpin dan  perwakilan yang akan bermuktamar, bermula esok.

Oleh itu, Ustaz Jamaluddin berharap agar seluruh rakyat Terengganu menjadi tuan rumah sebagaimana menurut sunnah yang ditinggalkan Rasul.

"Ulama Terengganu juga ingin mempromosi pelancungan ke 'negeri cantik budaya menarik'", katanya.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...