Omicron Boleh Tingkat Risiko Jangkitan Berulang Covid-19


 Varian baharu coronavirus, Omicron telah dikesan menular di seluruh dunia, mampu menimbulkan peningkatan risiko jangkitan berulang dibandingkan varian lain. 

Dua kes baharu dilaporkan di Australia, menjadikan semakin banyak negara cuba melindungi warga mereka, mengenakan sekatan perjalanan, para pelancong dan pengembara dari Afrika. 

Omicron yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan,  direkodkan merebak di Belanda, Denmark, Belgium, Botswana, Jerman, Hong Kong, Israel, Itali dan United Kingdom.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penemuan coronavirus yang digelar sebagai "varian kebimbangan" (VOC) pada hari Jumaat lalu. 

Ia mencetuskan kegusaran kerana didakwa 'kebal' vaksin dan dijangka memanjangkan wabak COVID yang telah melanda dunia selama hampir dua tahun.

Omicron berpotensi lebih menular daripada varian sebelumnya, tetapi pakar belum mengetahui sama ada ia akan menyebabkan COVID-19 yang lebih teruk atau kurang.

Pemimpin Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove, mengatakan, varian Omicron ditetapkan sebagai VOC karena memiliki beberapa sifat yang menggusarkan.

"Ini memiliki sejumlah besar mutasi dan beberapa dari mutasi ini memiliki beberapa ciri-ciri yang mengkhuatirkan,” kata Kerkhove. 

Ulasan