28 November 2021

PAS Terengganu Dapat SU Baharu


KUALA TERENGGANU  - Mesyuarat Kali Pertama Sesi 2021 – 2023 Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada hari ini, telah memutuskan pelantikan Setiausaha baharu.

Mantan Ketua Penerangan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dipilih oleh mesyuarat menggantikan Haji Muhyiddin Abd Rashid yang telah menggalas amanah tersebut sejak beberapa penggal lalu.

Selain itu, PAS Terengganu juga mendapat Ketua Penerangan baharunya yang diamanahkan kepada ADUN Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Menurut sumber, mesyuarat tersebut hanya memutuskan senarai kepimpinan bagi Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, seperti berikut;


Pesuruhjaya : YB Senator Dato Hj Husain Awang

Timbalan Pesuruhjaya I: YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Timbalan Pesuruhjaya II: YB Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat

Timbalan Pesuruhjaya III: YB Dr. Haji Alias Razak

Ketua Dewan Ulama : Ustaz Haji Ismail Osman

Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Mohd Harun Esa

Ketua Dewan Muslimat : To’ Puan Hajah Zarani Othman

Setiausaha: YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Penolong Setiausaha I: YB Ustaz Haji Muhammad Khalil

Penolong Setiausaha II: YB Haji Hanafiah Mat

Penolong Setiausaha III: YB Ustaz Shaharizukirnan Abd Kadir

Bendahari: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ketua Penerangan: YB Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim

Pengarah Pilihan Raya: YB Ustaz Ariffin Deraman

Kata sumber itu, pelantikan bagi lain-lain jawatan akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang dijadualkan berlangsung esok, 30 November.


Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...