PRN Melaka; PAS Terengganu Sedia Hantar Petugas


BESUT - PAS Negeri Terengganu bersedia menghantar petugas bagi membantu calon yang bertanding pada  Pilihan Raya Negeri Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, pihaknya telah menerima "signal' untuk menghantar tenaga bantuan menghadapi pilihan raya ekoran pembubaran DUN Melaka."

Cuma belum diputuskan lagi secara rasmi tempat-tempat yang akan kita bantu.

"Ia kerana PAS masih belum menerima keputusan dimana tempat akan ditandingi dan diberikan kerusi

"Jadi kita sedang menunggu keputusan dari pihak pimpinan," ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu berkata demikian selepas merasmikan Program Pengindahan Produk Pelancongan Daerah Besut, di sini, pada Ahad, 31 Oktober. 

Katanya, apabila telah diputuskan di mana DUN yang PAS akan bertanding,  tenaga petugas mahir dari Terengganu akan segera digerakkan. 

"Kita juga berkemungkinan akan turut membantu di tempat-tempat yang kita tidak bertanding. 

"Insya-Allah semua ini bergantung kepada keputusan daripada pihak pimpinan, jadi kita tunggulah sehari dua lagi," ujarnya lagi.

Ulasan