05 November 2021

Selamat Datang Ke Muktamar Kali Ke-67

 


KUALA TERENGGANU - Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) mengucapkan 'Selamat Datang' kepada semua pemimpin PAS dari seluruh negara ke Muktamar PAS ke-67.

Ketuanya, To' Puan Hajah Zarani Othman berharap, Muktamar yang akan bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada Ahad, membuahkan perbincangan dan keputusan yang terbaik untuk mendepani perjuangan.

"Saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua, semoga para pimpinan dapat menjadikan Muktamar tahunan ini sebagai satu platform,

" yang dapat menghasilkan 'buah fikiran' dan tindakan luar biasa bagi PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat tinjauan persiapan akhir Muktamar tersebut di Duyong Marina & Resort di sini, pada petang ini.

Sementara itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua kepimpinan Muslimat yang telah dipilih dan dilantik menerajui Pusat, negeri dan kawasan. 

"Tahniah, semoga dengan perlantikan dan amanah yang diberikan dapat  memberikan suatu lonjakan kepada semua anggota Muslimat untuk meningkat kesiapsiagaan menghadapi apa jua rintangan pada masa hadapan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...