06 November 2021

Wajib 'Swab Test'

 


KUALA TERENGGANU - Para perwakilan dan petugas Muktamar PAS kali ke - 67  diwajib melakukan 'swab test' bagi menepati SOP yang di tetapkan oleh Majlis keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Ketua Unit Kecemasan Dan Kesihatan Dr Suhazeli Abdullah  berkata,  sehingga jam 8.00 malam seramai 500 orang orang telah menjalani ujian tersebut.

"Setakat ini ada dalam 500 orang petugas dan perwakilan. Sasaran 1000 lebih sepatutnya VIP malam ini, esok kalau boleh," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Muktamar PAS di Duyung Marina & Resort, pada malam tadi.

Menurutnya, seramai 30 orang dari Jabatan Unit Amal Dan Papisma bertugas pada program Muktamar kali ini.

Beliau yang juga pakar kesihatan  awam turut menegaskan SOP yang ditetapkan pada Muktamar PAS tersebut menepati apa yang disarankan oleh MMKN.

"Ini satu tindakan yang bagus. Jadi setakat ini semua negetif," tambah beliau.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...