1000 Bungkus Makanan Tengah Hari, Malam Untuk Warga Terkesan Banjir


KUALA TERENGGANU - Seribu bungkus makanan tengah hari dan malam di sediakan 'Dapur Rakyat' PAS Kuala Nerus untuk warga Temerloh yang terkesan kerana dianda air bah.

Naib Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, YB Ustaz Ridzuan Hashim berkata, lebih 500 buah rumah di Taman Sri Semantan dan Taman Mutiara Semantan, telah dipenuhi lumpur akibat banjir yang melanda pada 18 Disember 2021 lalu.

"PAS Kuala Nerus turun bermula pada 24 hingga 26hb Disember membantu mangsa banjir, mengagihkan barangan keperluan asas,

"Disamping itu, kami menyediakan makanan melalui dapur rakyat dan mengedarkan kepada penduduk," ujar beliau ketika ditemui semalam


Justeru ADUN Buluh Gading itu berdoa semoga Allah mempermudahkan usaha para penduduk terbabit dan berharap agar bantuan yang  diberi, dapat membantu meringankan bebanan mereka.

“Kami berharap mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang mereka sedia tanggung akibat daripada banjir kali in,i” tambah beliau.

Menurutnya, bersama dalam misi tersebut, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, Tuan Roslina Tuan Sulaiman bersama anggota sukarelawan Khidmat Malaysia,

Dalam misi yang sama, PAS Kawasan Kuala Nerus turut memberi bantuan  wang tunai berjumlah RM 10,000 kepada PAS Temerloh

Sumbangan hasil kutipan orang ramai tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua YB Dr. Haji Alias Razak kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Tuan Haji Yusof Darus

Ulasan