170 Sukarelawan Besut Berbakti Di Temerloh


 KUALA TERENGGANU - Seramai 170 orang anggota sukarelawan Khidmat Malaysia Besut turun ke Temerloh dalam misi pasca banjir selama tiga hari bermula 25 Disember sehingga 27 Disember 2021.

Setiausaha PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, rombongan terdiri daripada Pemuda, Ameerah, Muslimat, Jabatan Amal, Briged dan wakil-wakil DUN, menaiki 45 buah kenderaan pacuan empat roda, sebuah lori dan tiga buah van.

“Sepanjang tiga hari di sana kami telah mencuci rumah, mengadakan "dapur rakyat"serta mengagihkan barang-barang keperluan kepada penduduk yang terjejas.” ujar beliau semalam.


Katanya, turut sama dalam konvoi tersebut Yang DiPertua (YDP) PAS, Besut Ustaz Haji Wan Azhar bin Wan Ahmad, Timbalan YDP YB Haji Nurkhuzaini A. Rahman, Ketua Pemuda Mohd Hakim Zulfikri bin Awang dan Ketua Jabatan Amal Besut Luqman Hakim Hashim.

Oleh itu, beliau beryukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan kerja sama yang diberikan oleh PAS Kawasan Temerloh.

“kasih kepada pihak semua khususnya kepada PAS Temerloh yang telah menyusun pergerakan di sana terutama kepada YDP Temerloh dan Ketua Pemuda Temerloh Ustaz Sukri yang menyediakan tempat tinggal di Maahad Tahfiz Al Furqan.” Tambahnya.


Ulasan