200 Sukarelawan Dikerah Sekiranya Berlaku Banjir

Banjir yang melanda Hulu Besut pada 2019 

KUALA TERENGGANU - Lebih 200 orang sukarelawan yang telah berdaftar diberi arahan untuk dikerah membantu orang ranai sekiranya berlaku banjir.

Setiausaha PAS Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, Khidmat Malaysia PAS Besut telah bermesyuarat untuk membuat persediaan menghadapi kemungkinan berlaku banjir.  

"Kami menyenaraikan peralatan dan kelengkapan untuk sukarelawan banjir. Persiapan Operasi di bahagikan kepada dua fasa iaitu semasa berlaku banjir dan selepas.

"Kami mengarahkan setiap sukarelawan bekerjasama dengan semua pihak jika berlaku banjir termasuklah memindahkan mangsa banjir dan khidmat di PPS." jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas amaran  hujan lebat berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam. 


Oleh itu tambahnya, para petugas juga akan terlibat dengan 'Dapur Rakyat' di kawasan yang memerlukan.

"Kami juga ada menyediakan bot yang dikendalikan Jabatan Amal.

"Selain daripada itu, sebagaimana kebiasaan operasi pasca banjir iaitu mencuci dan membaiki kerosakan rumah jika ada." ujar beliau. 

Justeru, kata beliau, pengalaman menghadapi banjir dan kerja-kerja pasca bencana itu, termasuk di Temerloh baru-baru ini, menjadikan persiapan lebih baik. 

"Jika berlaku banjir PAS Besut akan mengaktifkan bilik gerakan di Pejabat PAS kawasan dan di pejabat Dun-dun." katanya 

Namun begitu, beliau berdoa dan berharap tidak akan berlaku banjir besar di Besut tahun ini.

Ulasan