06 Disember 2021

Anak Muda Diseru Sertai TARC


Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Anak-anak muda diseru agar melibatkan diri masing-masing dengan menyertai Kelab  Penunggang Motorsikal Sejahtera Seluruh  Terengganu (Terengganu All Riders Motorcycle Prosperous Club) sebagai aktiviti riadah bermanfaat berbentuk holistik.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Dato' Haji Yahaya Ali berkata, kelab ini merupakan satu landasan yang tepat dalam menarik minat anak-anak muda yang meminati elemen permotoran. 

"Sebagai salah seorang pemimpin dalam kerajaan negeri Terengganu pada hari ini, antara perkara utama yang saya selalu tekankan adalah mengenai aspek penglibatan aktif rakyat terutamanya warga belia anak muda dalam aktiviti-aktiviti sosial dan sukan. 

"Penekanan dalam aspek sosial dan sukan ini adalah penting dalam melahirkan masyarakat yang sentiasa ceria dan aktif selain menjauhi segala masalah sosial yang berlaku sekarang ini," jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam program majlis Taujid bersama ahli TARC di Hotel Paya Bunga, pada semalam.

Katanya, beliau percaya keaktifan masyarakat dalam beriadah dan beraktiviti secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada pengurangan masalah sosial yang melanda masyarakat terutamanya golongan remaja.

"TARC boleh memainkan peranan menjadi “rakan sebaya” yang menjadi “role model” sesuai dengan matlamat TARC dalam mensasarkan untuk menjadi sebuah kelab motosikal yang terulung.

"Dalam menjaga adab dan akhlak selain menjadi platform untuk menyampaikan dakwah kepada umum," ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar pihak TARC mencari berusaha mencari inisiatif  mendekati dan mempergiatkan lagi usaha mendekati pemuda.

"Usaha ini adalah penting kerana melalui TARC, pelbagai aktiviti permotoran dapat dijalankan secara lebih selamat dan bermanfaat selalui memenuhi semangat permotoran orang belia.

"Adalah menjadi suatu kebahagian kepada keluarga dan masyarakat apabila kita dapat melahirkan pemuda yang seimbang.

"Dalam satu masa dilihat tekun mencari ilmu, tetapi dalam masa yang lain kuat beriadhah dan berekreasi, ringan tulang membantu masyarakat dan aktif berjamaah di masjid dan surau," tambah Dato' Yahaya.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...