Bukit Besi Bemunajat

Banjir mula melanda Kampung Pasir Raja semalam 

KUALA TERENGGANU - Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menunaikan solat hajat, memohon keselamatan daripada Allah agar semua penduduk selamat, khususnya daripada bencana banjir yang sedang melanda.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata, semua masjid dan surau mengadakan 'munajat' malam Jumaat, semalam. 

"kita telah mengambil langkah menambah stok pengkalan hadapan dan menggerakkan semua jentera daripada pihak kerajaan, Polis, Bomba dan APM,

Solat hajat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Bandar AMBS malam semalam

"Daripada sektor rakyat dan NGO termasuk anggota Jabatan Amal dan penduduk telah dimaklum untuk siap siaga," ujar beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN tersebut ketika dihubungi. 

Oleh itu menurutnya, setelah berusaha, semua penduduk diharap memberikan kerjasama kepada setiap arahan yang dikeluarkan. 

"setelah itu, kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah dengan mengadakan solat hajat, semoga segala urusan dipermudahkan olehNya jua," tambah beliau. 

Ulasan