Jangan Rasa Kita Hebat - YDP DUN


Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - semua ahli PAS, penyokong dan pendokong pada hari ini jangan  merasakan diri masing-masing hebat berbanding orang terdahulu.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, mereka adalah golongan yang banyak pengalaman menghadapi tohmahan dan dugaan dalam berjuang.

"Kekuatan dan kelansungan PAS yang ada pada hari ini adalah hasil usaha gigih.

"Dan pengorbanan orang-orang lama atau generasi yang terdahulu yang beristiqamah. Sebahagian dari mereka telah meninggalkan kita," jelasnya.


Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenali program Sambutan Ulang Tahun PAS ke -70 yang diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI) pada semalam.

Menurutnya, gerakan Islam adalah ibarat mata rantai yang sentiasa sambung menyambung dari satu generasi kepada suatu generasi.

Oleh itu, generasi yang ada pada hari ini khususnya golongan muda perlu mengenang jasa dan menghormati mereka yang masih hidup.

"Jangan merasakan kita lebih hebat dari orang terdahulu, pandangan orang lama sudah tidak relevan dan mereka tidak perlu lagi menjadi rujukan dalam meneruskan perjuangan.

"Manfaatkan pengalaman mereka dan tidak meminggirkan mereka dalam program-program yang selayaknya mereka hadir," tambah beliau.

Ulasan