11 Disember 2021

Jaulah Berinformasi, Eratkan Silaturrahin


Oleh : Yayat MK

KEMAMAN - Muslimat PAS Dun Kijal mengambil inisiatif, mengeratkan ukhwah dan silaturrahim diantara negeri  Terengganu dan Kedah dengan menganjurkan 'Jaulah Berinformasi'. 

Ketuanya, Ustazah Che Mesilah Mohamed berkata, disamping menimba ilmu, mereka mengambil peluang menziarahi tempat-tempat bersejarah. 

"Jaulah ini bertujuan untuk menjalinkan ukhwah disamping bertukar-tukar idea dan pandangan bagi meneruskan kelangsungan kerajaan yang sedia ada,

"Semoga apa yang dilihat dan didengari dapat dibawa balik dan dipraktikkan untuk pembangunan qariah di DUN Kijal," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan program di Kompleks Paya Lasir pada 8 Disember. 

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Kijal, Encik Zakaria Che Soh menyampaikan ucapan terima kasih dan berbesar hati atas penerimaan rombongan oleh jawatankuasa Masjid Zahir Negeri Kedah. 


 "Masjid adalah tempat mulia dan asas untuk membuka sesuatu penempatan hendaklah dimulakan dengan surau atau masjid.

"Masjid atau surau adalah jantung kepada sesuatu kampung atau qariah. Jadi apabila fungsinya berjalan dengan baik maka akan aman makmurlah kawasan tersebut sebagaimana jantung berfungsi dgn baik dalam tubuh badan kita.

"Bukan mudah dan sangat tinggi pengorbanan seluruh pegawai petugas masjid dalam memastikan pengimarahan serta segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan baik." katanya ketika berucap melawat Masjid Zahir, Alor Setar pada 9 Disember. 

Program tersebut melibatkan semua muslimat di setiap cawangan di DUN Kijal dan Keselamatan dengan penyertaan seramai 40 orang. 

Antara tempat yang dilawati adalah Masjid Wustho, Muzium Padi, Masjid Zahir, Pusat Jagaan Anak Yatim Baitul Ahmad dan menziarahi pusara Al Marhum Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor di Kolej Islam Darul Ulom.


Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...