11 Disember 2021

Juara Pidato Impi Berjuang Bersama PAS


KUALA NERUS - Juara Pertandingan Pidato Piala Presiden  sempena sambutan Ulang Tahun Ke-70, telah lama mengimpikan untuk menyertai dan berjuang bersama PAS.

Mohammad Khairul Najmi Adnan berkata, ia merupakan kali pertama beliau berpeluang menyertai program yang dianjurkan oleh parti tersebut.

“Saya sememangnya hendak bercampur dengan golongan yang berada dalam PAS tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak memulakan, dengan program yang diadakan ini saya mengambil peluang yang ada ini untuk lebih mengenali parti ini.

“Saya harap selepas ini saya dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang undang-undang dan politik dalam masa yang sama saya ingin bergiak aktif dalam parti ini.

“Saya betul-betul berminat untuk menyertai perjuangan ini kerana yakin terhadap ideologi yang dibawa diatas perasaan cinta dan ingin melihat negara ini berada dalam keadaan makmur dan sejahtera,” ujarnya.

Peserta dari Kemaman itu berkata demikian, ketika ditemui pihak media selepas dinobatkan juara dalam pidato berkenaan, yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, pada hari ini.


Turut mengulas mengenai Usul Undi 18 yang telah diluluskan katanya, pada awalnya beliau rasa sangsi melihatkan perkembangan anak muda pada masa kini tambahan pula tiada pendedehan yang betul terhadap politik.

“Saya fikir anak muda memang mempunyai hak untuk bersuara sebagaimana yang dijanjikan perlembagaan, namun saya optimis ia dapat dilakukan dengan mana minda masyarakat terutamanya golongan ini perlu diubah.

“Semoga anak muda memanfaatkan peluang yang ada untuk menggunakannya bagi memastikan Islam dapat ditegakkan secara syumul dalam negara,” katanya.

Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Syah, itu telah muncul juara apabila syarahannya yang bertajuk; 70 Tahun PAS, Kepentingan Perpaduan Terhadap Penubuhannya, berjaya memikat hati juri.

Dalam pada itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Muhammad Hanif Jamaluddin berkata 10 peserta dari Kedah, Kelantan dan Terengganu telah menunjukkan keberanian serta mempunyai bakatnya yang tersendiri.

“Saya puas hati dengan peserta, kelemahan itu tetap ada, dari sudut kemahiran perlu dilatih dan digilap lagi.

“Insya-Allah kita akan didik mereka dibawah akademi yang kita ada agar lebih terlatih di bawah pengendalian mereka yang mahir, dimana hasrat kita adalah untuk mengerakkan anak muda ini lebih ke hadapan,” katanya.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...