Kembalikan Anak Muda Kepada Islam


 KUALA TERENGGANU - PAS mampu untuk memberikan kefahaman, mematangkan anak muda dan mengembalikan  semula mereka kepada Islam.

Pengarah Ameerah Malaysia, Dr Siti Mastura Muhammad berkata, tiga perkara yang anak muda perlu praktikkan bagi menarik golongan tersebut dalam skop tarbiah dan dakwah.

"Pertama, kita perlu kembalikan kematangan anak muda. Kita berikan pendidikan anak muda terutama pendidikan politik.

"Politik ni orang muda faham adalah undi, politik ini adalah parti politik sebab itu mereka merasakan politik ini kotor. Tapi kita perlu beri kefahaman bahawa kita duduk dalam politik untuk memilih pemimpin dan nak menguruskan negara.

"Umpama kita nak memilih pasangan hidup, semestinya kita nak pilih suami atau isteri yang soleh solehah", ujarnya ketika berucap dalam slot Sepagi Bersama Muslimat PAS Malaysia sempena Sambutan 70 Tahun PAS, pada Ahad 12 Disember.


Tambahnya, input yang bermanfaat perlu disalurkan melalui media sosial agar golongan terbabit berfikir dan menyokong PAS.

“mereka berfikir tentang nak ramaikan ‘follower’, yang paling penting ramai ‘likers’, itu dunia mereka. Dan kita perlu mengikut mereka dengan cara kita beri kematangan kepada mereka dan kita kena masuk bersama mereka.

“muslimat muda terutamanya kena pandu anak muda ini ke jalan sesuatu yang memberi manfaat dan juga benda yang baik.

"Ambil ruang dan peluang dalam segala genap media sosial ini beri kebaikan, beri manfaat, beri segala benda srkakipun kita rasa itu perkara kebaikan yang kecil,” jelasnya.

Justeru, akhirnya kata beliau, mereka boleh dipandu untuk kecenderungan kepada perkara yang membawa kepada pahala, bukannnya membuat dosa.

Turut hadir ke program isteri kepada Tuan Guru Presiden PAS, To' Puan Hajah Zainab Awang Ngah dan isteri kepada Naib Presiden PAS YB Senator Ustaz Idris Ahmad, Ustazah Kamariah Ali.

Ulasan