12 Disember 2021

PAS Didik Masyarakat Agar Bertakwa


KUALA NERUS - 70 tahun  PAS berjuang di persada politik, bukan semata-mata hanya mahu menang pilihan raya dan memerintah, namun  perjuangannya adalah  mendidik masyarakat agar beriman dan bertakwa kepada Allah.

Ketua Penerangan Dewan Ulama  Pusat (DUPP), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, matlamat PAS sentiasa relevan dulu, kini dan akan datang.

“kita mendidik berpandukan dosa dan pahala bagi menyelamatkan seluruh masyarakat di dunia dan akhirat.

“kita tanamkan dalam diri terutamanyan anak muda yang begitu terdorong menggunakan media sosial agar setiap apa yang ditulis dan dikongsikan adalah perkara yang baik serta bermanfaat” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap atas Pentas Anak Muda sempena Sambutan Ulang Tahun 70 tahun PAS di Perkarangan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, pada Sabtu 12 Disember.

Katanya,  oleh kerana itu PAS, maka dilihat mampu merubah masyarakat di sesebuah lokaliti.

“Sebagaimana satu kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong yang dulu terkenal sebagai tempat berlaga ayam, tetapi PAS telah merubah masyarakat dan menjadikannya kuat sehingga tidak pernah kalah setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) ,” katanya.


Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...