09 Disember 2021

PAS Kemaman Giat Promosi Keahlian


Oleh : Siti Nur Radiah Alias

KEMAMAN - PAS Kemaman + sentiasa giat mempromosi pendaftaran keahlian PAS sebagai inisiatif untuk meneruskan keberlangsungan agenda jemaah.

Setiausahanya, Mohd Hafiz Adam berkata, program tersebut merupakan agenda penting yang perlu dilaksanakan dalam mencapai 'kayu pengukur' (KPI) yang telah ditetapkan. 

"Kemaman mensasarkan pendaftaran ahli baharu minima 1500 orang setahun ( 375 orang bagi setiap DUN )."

"Oleh sebab itu semua DUN di daerah Kemaman ini perlu melaksanakan program ini bagi mencapai target sasaran yang telah ditetapkan," ujarnya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau yang juga Pengarah Program Gerak Gempur Keluargaku Ahli PAS berkata demikian dalam sesi temubual dalam talian semalam.

Selain itu, katanya lagi kesemua DUN di daerah Kemaman ini telah selesai mengadakan perasmian program ini. 

"Program ini dilaksanakan selama 1 bulan bermula pada tarikh 01 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 dengan mensasarkan ahli baru seramai 200 orang per DUN, " jelasnya

Katanya, sebagai tarikan didalam program ini juga akan diadakan pertandingan keahlian baru teramai dengan hadiah yang lumayan bernilai RM1500.00.

Program ini, tambah beliau, telah melibatkan empat DUN di Kemaman iaitu didahului dengan DUN Cukai, diikuti  DUN Kemasik, seterusnya disusuli DUN Air Putih dan terakhir DUN Kijal dengan mencatatkan kehadiran hampir 800 orang semua sekali.

Dalam pada itu, Yang Dipertuanya pula, Che Alias Abd Hamid mengingatkan supaya para petugas mengenal pasti ahli keluarga dalam sesebuah rumah yang belum lagi mengisi borang ahli untuk berdaftar sebagai ahli.

" Tambah keahlian PAS dalam parti ini adalah untuk memastikan gerak kerja islam terus berjalan", katanya.

Tiada ulasan:

Agenda Perpaduan Muslim Lebih Besar

KUALA TERENGGANU - Kedua-dua Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tegas menyatakan bahawa parti i...