PAS Prihatin Keperluan Masyarakat

 


Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU - Parti Islam SeMalaysia (PAS) bukan sekadar parti politik tetapi ia juga jamaah tarbiyah dan dakwah yang prihatin kepada keperluan masyarakat serta menjaga kebajikan mereka. 

Naib Ketua Muslimat Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata, 'orang ' PAS dikenali di kalangan masyarakat sebagai orang baik dan tidak bermasalah. 

"Saya berharap guru-guru kita, memainkan peranan, perlu menunjukkan lambang bulan itu, bukan lambang negatif, jadi kita zahirkan lambang tersebut dan jangan sembunyikan, 

"lambang PAS itu adalah menandakan kesejahteraan, kemakmuran neutralkan mereka sehingga mereka melihat perlunya bersama dengan PAS," jelasnya pada Program Sepagi Bersama Muslimat Sempena Ulangtahun PAS Ke 70 yang diadakan di Primula Beach Resort di sini pada Ahad, 12 Disember.

Ustazah Salamiah mengulas  demikian apabila isu pengundi 18 tahun diutarakan kepadanya di dalam slot bual bicara 'Borak Teh Tarik 3 Generasi Muslimat' pada program tersebut yang turut menampilkan Pengerusi As-Sabiqun, Muslimat PAS Malaysia, Khadijah Mahmud.


Ketua Muslimat PAS Pahang itu bersyukur dengan pertolongan Allah,  beliau tidak menghadapi sebarang masalah bergerak aktif dengan PAS sewaktu melaksanakan amanah sebagai seorang penjawat awam.

Malah katanya, beliau turut menerima pengiktirafan daripada ketuanya kerana tidak pernah mengambil  cuti sepanjang tiga tahun bertugas.

Menuurutnya, beliau terus menabur bakti selepas bersara pada tahun lalu, setelah berkhidmat selama 30 tahun mendidik anak bangsa sebagai seorang guru.

"Allah yang memberi kekuatan, menghilangkan rasa gerun dan ketakutan di dalam berhadapan sebarang situasi yang dihadapi," ujarnya.

Turut serta dalam program itu ialah Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Dr Siti Mastura Muhammad dan Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Muslimat PAS Malaysia, Husna Dato' Hashim selaku moderator


Ulasan