PAS Teguh Dengan Pendirian Menubuhkan MN


PAS tetap teguh dengan pendirian dengan menubuhkan Muafakat Nasional (MN) yang dimulakan dengan konsep memilih Parti Melayu Islam dan bumiputera di Semenanjung, kemudiannya diteruskan di Sabah (bersama Bersatu dan UMNO). 

Setelah itu, berkembar pula dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN) bersama parti-parti bukan Islam, sehingga membolehkan penubuhan kerajaan pusat berkonsepkan kerajaan campuran PN bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berada dalam situasi dan realitinya yang tersendiri. 

Keadaan hari ini menunjukkan bahawa semua parti tidak bersendirian, malah gabungan PN ialah gabungan yang paling mesra. 

Dalam masa yang sama kita tidak melupakan kesukaran yang menimpa rakyat Malaysia apabila ditimpa musibah banjir. PAS menggerakkan Jabatan Amal Malaysia (JAM) bagi membantu mangsa bencana banjir yang masih lagi belum pulih daripada musibah tersebut. 

Di samping itu, para menteri daripada PAS seperti Menteri Agama dan Menteri Alam Sekitar dan Air telah menggerakkan usaha bagi memabntau mangsa banjir bersama kementerian-kementerian lain bagi mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas.

Dapatkan akhabar Harakah versi cetak atau eHarakah yang memaparkan berita-berita terbaru daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS


Ulasan