PAS Terengganu Tunduk Dan Patuh Apa Jua Keputusan

 

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu sedia untuk tunduk dan patuh apa jua keputusan yang dibuat di peringkat pusat, memuktamadkan pendirian terkini berkaitan Muafakat Nasional (MN).

Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Dato’ Husain Awang berkata, dengan itu, apa yang diputuskan di peringkat negeri akan seiring dengan keputusan PAS Pusat.

“Kita masih tetap teguh bersama PAS Pusat mempertahankan Perikatan Nasional dan Memperteguhkan Muafakat Nasional. Kita masih lagi bersama dengan gagasan ini.

“Presiden sebut piagam yang dimenterai melalui MN iala menerima semua badan-badan ataupun kumpulan-kumpulan politik yang berasaskan ketuanan Melayu dan juga Islam, ia bukan hanya di antara UMNO dan PAS tetapi juga membentuk hubungan dengan parti-parti lain,” ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu, pada Ahad 5 Disember.

Dalam pada itu katanya, PAS Terengganu masih belum membuat apa-apa keputusan samada untuk menghantar petugas parti bagi membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Kita tunggu apa yang akan diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat nanti, selepas itu kita akan dapat tahu, setakat ini kita belum menerima sebarang maklumat lagi,” ujarnya.

Ulasan