25 Disember 2021

Penduduk Gembira Terima Bantuan PAS


KUANTAN - Misi Sukarelawan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mendapat maklum balas yang baik daripada penduduk yang terjejas banjir di kawasan Khidmat Malaysia Terengganu melaksanakan bakti mereka.

Tinjauan Kumpulan Aktivis Media Inspirasi (KAMI) yang mengikuti misi di Taman Pandan Damai yang dilanda musibah banjir menzahirkan tanda gembira dengan bantuan yang dihulurkan oleh PAS Terengganu. 

Mangsa banjir, Nurul Zita Salleh, 37, berkata, rumahnya dinaiki air setinggi paras lutut tempoh hari, bersyukur kerana banyak membantu meringankan beban mangsa banjir.

"Saya berterima kasih sangat dapat bantu bersihkan rumah dan ringankan beban kami pada semua yang datang membantu," jelasnya ketika ditemui pihak media, di sini, pada semalam. 

Sementara itu, Samsul Sohor, 51, berkata, kehadiran anggota Unit Amal datang menghulurkan bantuan semasa hari pertama banjir berlaku sangat di hargai.


"Ada sukarelawan pakai baju merah (Unit Amal) datang bantu, agensi kerajaan JPAM, Bomba pun ada datang.

"Terima kasih sangat-sangat." ujarnya sambil menganggarkan kerugian harta benda sekitar 10 ribu ringgit terpaksa ditanggung.

Seorang lagi mangsa yang terlibat, Ashar ariati, 39, berkata, sumbangan sabun membasuh kain, peralatan mandi dan selimut yang diterima amat dihargai.

"Tadi ada muslimat PAS hantar berus gigi, sabun mandi dan selimut untuk anak.

"Terasa sangat dihargai kerana berkongsi ujian yang kami hadapi," katanya gembira.

Difahamkan, PAS Terengganu akan terus berada di Pahang sehingga Sabtu 25 Disember.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...