Satu Hari Bersih Satu Rumah Sahaja


KUANTAN - Hanya satu rumah yang dapat dibersihkan dalam tempoh sehari oleh sukarelawan kerana kawasan terjejas banjir di Kuantan menghadapi tekanan air rendah. 

Ketua Misi Bantuan Banjir Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI), Naraza Muda berkata, pihaknya menghadapi kesukaran kerana mesin pembersih air berkuasa tingg (water jet) tidak dapat digunakan.

"Kita dah kenal pasti beberapa masalah bila kita bersih rumah dengan kekuatan sepuluh orang, dua 'water jet', tidak boleh guna dua 'water jet' sebab tekanan air  rendah, jadi kerja-kerja menjadi agak lambat. 

" Dengan tenaga sepuluh orang, lima untuk memunggah barang keluar, orang untuk menolak air keluar(dari rumah) dan seorang menggunakan 'water jet'," katanya di lokasi semalam.

Menurutnya untuk membersihkan sebuah rumah bunglo, kumpulan 10 orang petugas memerlukan masa sekurang-kurangnya enam jam.

"Dengan kata lain sehari juga untuk membersih sebuah rumah,  dengan angkat barang lagi, barang rosak,  tilam, buku, perabot semua perkakas dalam rumah, kita kena kosong rumah, ini memakan masa," jelasnya.

Ulasan