Tiada Campur Tangan Politik Dalam Kes Najib


KOTA BHARU - PAS menyifatkan bahawa keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Najib Razak semalam membuktikan mahkamah di negara ini bebas dan tanpa sebarang campur tangan politik.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan.

"Mahkmah juga tidak menerima tekanan daripada pihak luar, walaupun kes itu membabitkan individu yang juga merupakan golongan tinggi dalam masyarakat.

“Ia berikutan rakyat dan masyarakat antarabangsa memberi perhatian yang bersar kepada negara ini. Jadi keputusan itu adalah positif kerana tidak mempunyai campur tangan politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Masjlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2021 serta Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan, di Hotel perdana di sini, pada Khamis 9 Disember.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd

Ulasan