13 Disember 2021

Ulama dan Institusi Pondok Benteng Pertahanan Islam


KUALA NERUS - Penubuhan pondok-pondok oleh para ulama termasuk kelas pengajian serata kampung merupakan benteng yang kuat mempertahankan Islam.

Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tertubuhnya institusi ini penting rentetan ulama menjadi sasaran 'ghazwatul fikri' iaitu serangan pemikiran. 

Katanya, ianya bukan lagi serangan senjata tetapi serangan pemikiran melalui pendidikan dan pelajaran dengan memasuki negeri Islam bertujuan untuk merumikan bahasa Melayu yang asalnya tulisan jawi secara halus.

"Walaupun tidak berlaku semasa penjajahan,ianya berlaku selepas merdeka.

"Musuh Islam gagal memurtadkan orang Islam, cuma mereka kelirukan pemikiran orang Islam dengan serangan pemikiran sehingga lupa sejarah umatnya dan merungkai ajaran Islam satu demi satu," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Ijtima Tuan Guru Pondok Se-Malaysia di Kompleks Tarbiah Darul Taqwa, di sini, pada semalam. 

Ijtima berkenaan yang dianjurkan bersempena Sambutan Ulang Tahun 70 PAS menampilkan beberapa pembentangan kertas kerja berhubung sejarah penglibatan tuan-tuan guru pondok dalam PAS dan peranan ulama serta institusi pondok dalam membantu pentadbiran negara. 


Abdul Hadi berkata, beliau menyaksikan bagaimana hukum Islam dirungkai berkait dengan pemerintahan negara, ekonomi, politik dan kehidupan manusia tanpa orang Islam ketahuinya.

"Hanya tinggal hukum berkait ibadah sahaja sedangkan Islam itu merangkumi semua perkara. Islam itu adalah sempurna. Akibatnya orang Islam terburai, habis bercelaru, penuh dalam keadaan haru biru.

"Oleh hal demikian, inilah tanggungjawab kita untuk menghadapi cabaran. Kalau dulu menghadapi cabaran musuh-musuh dari luar, sekarang menghadapi musuh jahil yang menimpa orang Islam," jelasnya.

Beliau menambah, peranan ulamak membebaskan umat yang jahil ini sangat besar kerana musuh para ulama sangat ramai dan mereka mesti sabar menghadapinya.

" Alhamdulillah, pada 70 tahun yang lalu, ulama kita menubuhkan PAS semenjak tahun 1951. Pada peringkat awal, ramai ulama yang bersama dengan PAS. 

"Kemudian PAS menghadapi ujian yang sangat dahsyat menyebabkan yang tahan diuji dan ada ulama yang tidak tahan diuji, bukan sahaja wakil rakyat kena beli, ulama pun kena beli," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...