11 Disember 2021

Ulang Tahun Ke-70 PAS: Pemuda Diseru Hadir Beramai-ramai


Oleh KAM

KUALA NERUS - Para Pemuda di semua peringkat diseru beramai-ramai menyertai semua program sempena Ulang Tahun Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-70, yang bakal diadakan kemuncaknya pada 12 Disember 2021.

Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Mohd Riduan Abu Bakar berkata, sambutan khusus untuk Pemuda adalah pada 11 Disember 2021, hari Sabtu, di perkarangan, Kompleks Sukan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus.  

“Para Pemuda usah lepaskan peluang ini untuk bersama kita meletakkan nama kita (anak muda) sebagai tetamu yang hadir. Tempat yang strategik juga sesuai untuk membawa ahli keluarga datang melancong ke bumi Kuala Nerus.

“Kuala Nerus salah satu daerah yang paling bongsu di negeri Terengganu juga mempunyai tempat warisan sejarah, seni binaan lama, pantai peranginan, gunung yang boleh diterokai dan bermacam-macam aktiviti yang boleh meluaskan pengalaman.

“Antara pengisian program kita, kayuhan basikal monsunride, pertandingan liga penalti, malam kebudayaan, konvoi bermotor, himpunan semut merah (Amal), pameran pacuan empat (4x4) roda, ‘creative content’, pentas anak muda, pembarisan kehormat, konvoi bermotor mengiringi Tuan Guru Presiden, pertandingan pidato piala Presiden #70PAS,” ujarnya, hari ini.

Justeru itu, beliau memberi ingatan agar semua peserta patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dilaksanakan tegas dan berhemah.

Menurut Ustaz Riduan, tujuan PAS  mengadakan program sambutan itu bagi mengingatkan generasi muda hari ini tentang sejarah pahit manis perjuangan PAS sejak ditubuhkan tahun 1951 hingga sekarang.i

“Kemuncak majlis sambutan 70 tahun PAS ini akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man bagi mendengar taujihat dan pesan nasihat kepimpinan tertinggi parti (PAS) kepada kita semua.


“Usia 70 tahun bukanlah masa yang pendek tetapi adalah tempoh kematangan sesebuah organisasi yang didukungi oleh para ulama’ dan tok-tok guru berpandukan dasar Islam sebagai matlamat hidup,” tegasnya.


Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...