17 Januari 2022

‘Kabak’ Bukit Besar Program Sulung AFC


Oleh : Ummu Huurun Aino/ Foto: Media Ameerah Terengganu

KUALA TERENGGANU – Ameerah Fan Club (AFC) Negeri Terengganu   menganjurkan program sulung santai, mendaki Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Ketuanya, Asma Wahap berkata program tersebut adalah sebagai pembuka tirai tahun baru. 

“Kami adakan sesi santai wakil-wakil AFC dari kawasan bersama Pengarah Ameerah Negeri Terengganu dan pendakian merupakan permulaan kepada aktiviti ‘outdoor’ yang akan dianjurkan di setiap daerah,

“Insya-Allah kami merancang untuk menawan bukit-bukit di setiap daerah, termasuk di pulau-pulau dan pelbagai  aktiviti lain seperti bowling dan badminton," ujarnya pada Sabtu, 15 Januari.

Menurutnya, AFC juga akan melancarkan program kembara ke seluruh negeri secara ‘backpackers’.


Turut hadir ialah Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Asma’ Abdullah yang  menegaskan, remaja hari ini kebanyakannya sangat suka program outdoor seperti aktiviti hiking sebegini.

“Maka AFC Terengganu perlu gerakkan dan perhidupkan program sebegini agar dapat sama-sama beraktiviti bersama remaja di luar sana,” ulas Asma’.

Dalam pada itu Ketua AFC Terengganu turut melahirkan harapan agar AFC Terengganu dapat menjadi platform pilihan nombor satu remaja, gadis-gadis, wanita-wanita pada masa kini untuk menceburkan diri dlm aktiviti outdoor dalam misi mengamalkan gaya hidup sihat. 

“Sebagai wanita kita kena amalkan gaya hidup sihat sebab bila kita sihat banyak benda kita boleh buat dengan baik insya-Allah.

“Cemerlang dalam pembelajaran, pekerjaan atau perniagaan, juga dalam rumahtangga serta yang paling penting dalam ibadah,” tambahnya.


Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...