Kerajaan PAS Terengganu Jangka Terima Pelaburan Lebih RM10 Bilion Tahun ini


KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu menjangkakan lebih RM10 bilion pelaburan akan diterima  pada tahun 2022 berbanding sejumlah RM8.5 bilion pada tahun lalu. 

Penasihat Ahli PAS DUN Ladang, YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, walaupun negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19, namun Darul Iman  menjadi destinasi menanam modal. 

“Sebenarnya bukan RM8 bilion tetapi lebih dari itu. Di saat Covid-19 melanda alhamdulillah pelabur masih lagi datang ke Terengganu  berskala besar.

“kita uruskan sekarang ini sejak bulan Julai lagi kita selesaikan samada MOU atau perjanjian satu pelaburan di Teluk Kalong  di atas tanah lebih kurang 400 ekar. Nak buat panel solar dan kaca. Dijangka satu lagi 'polysilicon' . Jumlah RM5.1 bilion," jelasnya.

Beliau yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pelaburan, Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri Terengganu berkata demikian ketika dalam Wawancara dalam rancangan atas talian, Selamat Pagi Terengganu, semalam.

Menurutnya, projek yang dirancang bermula pada awal tahun ini, melibatkan pelabur sebuah syarikat dari Korea Selatan.

"dia nak  melabur dalam bidang chemical nak buat formik. Itu pun lebiih kurang RM 2 bilion. Insya Allah kita sedang berunding dan kilang besi yang ada di Kemaman, 


"dia nak besarkan lagi kilang yang ada itu lebih kurang RM 3 bilion jumlah pelaburan dan satu kilang bitumen buat tar  kita sedang berbincang untuk  menambhakan pelaburan RM1 bilion lagi," ujar beliau.

Beliau menambah, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat di Kemaman, telah dibuat baru-baru ini.

"Untuk keluarkan 'renewal energy' (RE) lebih kurang ada tiga fasa dan jumlah tiga-tiga fasa itu bernilai lebih kurang RM500 juta. Bermula  pada tahun ini untuk fasa pertama dan kemudian dia akan buat seterusnya.

"sedang mengukur tanah yang diberi kepadanya ialah satu syarikat dalam pengeluaran tembaga di Perasing, lebih kurang RM2.4 bilion. Saya duk kira-kira lebih kurang RM 14 bilion keseluruhan pada tahun ini," kata Dato Tengku Hassan.

Oleh ituvkata beliau, dengan semua aktiviti perindustrian itu, akan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat. 

"Insya Allah kita juga tandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang akan melabur lebih kurang RM 220 juta.

"Untuk menguruskan sisa-sisa buangan daripada kilang-kilang biasanya bahan toksik daripada kawasan industri kita di Kerteh dan Paka," tambah beliau lagi.

Ulasan