15 Januari 2022

PASTI Terengganu Juara Keseluruhan E-Alam Ria 2021


KUALA TERENGGANU - PASTI Negeri Terengganu sekali lagi telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Alam Ria peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Pengarah PASTI Negeri Terengganu Cikgu Mohd Syamri bin Abd Razak berkata, empat orang murid PASTI Negeri ini telah berjaya menjadi pemenang e-Alam Ria PASTI Malaysia 2021.

"Kecerdasan murid-murid PASTI berani mengikuti pertandingan-pertandingan terbuka membuktikan PASTI mempunyai sistem pendidikan.

"Dan pertarbiyahan untuk kanak-kanak pra sekolah yang menitik beratkan ilmu dunia dan akhirat serta berani untuk mencuba," jelasnya ketika dihubungi semalam. 


Cikgu Mohd Syamri bersyukur pandemik yang melanda negara sejak dua tahun lalu tidak menjejaskan prestasi pembelajaran PASTI. 

"Alhamdulillah pada tahun ini walaupun dalam keadaan norma baharu dan kesukaran guru untuk mengajar, e-Alam Ria tetap meriah serta semangat guru, murid dan juga ibu bapa peserta telah membuahkan hasil.

"Walaupun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, namun pertandingan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui norma baharu," ujar beliau.

Menurutnya empat pertandingan mendapat johan ialah acara bercerita lelaki, Wan Ahmad Fayyadh bin Wan Abdul Quddus, Bercerita Perempuan, Nur Ameenah Syatirah binti Shahidan, Pidato Perempuan, Nur Amani Kamila binti Ahmad Kamil, dan Hafazan Perempuan, Sharifah Nur Khadijah binti Syed Mohd Sulong mendapat Naib Johan.

Tiada ulasan:

Agenda Perpaduan Muslim Lebih Besar

KUALA TERENGGANU - Kedua-dua Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tegas menyatakan bahawa parti i...